Sistem awal Pertempuran_anti-kereta_kebal

Meriam kecil dan raifal berkaliber besar digunakan pada awal Perang Dunia I terhadap kereta kebal (contohnya kereta kebal Mark I) yang diperkenalkan oleh (British Expeditionary Force). Kebanyakan senjata ini terbukti hampir tidak berguna. Sesetengah senjata termasuk perobek perisai peluru "K" 7.92, kemudian raifal anti-kereta kebal lebih besar apabila ia menjadi tidak berkesan. Bom tangan juga digunakan, dan Geballte Ladung ("Gugusan bom tangan"), pada asasnya bom tangan biasa diikat bersama. Kereta kebal turut terdedah kepada tembakan artileri dan motar, terutamanya apabila ia lekat, yang merupakan perkara biasa pada masa itu kerana permukaan bumi yang sukar dan kawat berduri, dan menjadikannya mudah disasar.

Pada akhir perperangan, sejumlah meriam ringan, biasanya 37 mm (dalam istilah British "2-paun")[1], sedang digunakan atas pedati pendek yang terbukti lebih baik. Tambahan lagi kebanyakan pasukan menggunakan rifel pecutan tinggi lebih besar, biasanya .50 kaliber (12.7 mm), yang cukup kuat bagi menembusi perisai nipis kereta kebal era tersebut.